berita

Pulang Dengan Tangisan, Dua Beradik Jadi Mangsa ‘Serang’ Lelaki Pedofilia

June 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Nasib malang menimpa dua kanak-kanak lelaki apabila mereka menjadi mangsa individu yang bernafsu pedofilia. Hal ini bukan sahaja akan membuat mereka menjadi trauma, malah ia mampu merosakkan masa depan kanak-kanak terbabit.

Lelaki tidak dikenali tarik tangan mereka secara paksa

Sekadar gambar hiasan

Kejadian tersebut hanya disedari oleh ibu mangsa selepas melihat kedua-dua anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis. Si ibu yang bimbang dengan situasi itu terus bertanya kepada anak-anaknya apa sebenarnya yang sudah terjadi sehingga membuatkan mereka berdua menangis.

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang daripadanya telah membuka mulut dan menceritakan perkara sebenar yang menimpa mereka. Anaknya memberitahu ketika mereka sedang menjual kuih di kawasan rumah yang terletak di Seksyen 19 itu, mereka telah didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan bertindak kasar dengan menarik tangan kanak-kanak berkenaan untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Akibat ketakutan diperlakukan seperti itu, mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri.

Ibu dua beradik buat laporan polis

Sekadar gambar hiasan

Berikutan daripada itu, ibu mangsa bergegas ke Balai Polis Sea Park membuat laporan untuk tindakan selanjutnya. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihak polis telah menerima laporan berhubung dua beradik yang ‘diserang’ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa kuih di kawasan rumahnya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan kita akan mengedarkan lakaran fotofit suspek nanti.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×