berita

Pulihkan Bayi Songsang Dengan Cahaya Lampu Suluh, Ini Penjelasan Pakar

August 23rd, 2019 | by faris
Kesihatan & Hidup Aktif

Setelah mengharungi 9 bulan penuh cabaran, proses bersalin normal adalah sesuatu yang dihajatkan oleh ibu-ibu. Ini kerana kelahiran bayi songsang pasti akan menyebabkan komplikasi yang mungkin berisiko untuk kedua-dua ibu dan anak.

Viral di laman sosial kononnya kedudukan songsang bayi boleh dipulihkan dengan penggunaan cahaya lampu suluh. Doktor sakit puan, Dr Muhammad Eizat merungkai kenyataan ini.

Pusing secara fizikal

Hanya untuk bayi songsang sahaja

Tak boleh bergerak ikut lampu suluh

Apa senaman patut amal jika bayi songsang

1. Berjalan

Banyakkan berjalan sepanjang proses kehamilan akan meningkatkan potensi bayi untuk kembali ke posisi normal. Senaman ringkas ini disarankan dibuat selama 20-25 minit di trimester akhir kehamilan.

2. Merangkak

Selain berjalan, senama merangkak seperti bayi adalah alternatif lain. Lakukan selama 10 minit setiap hari untuk merangsang kandungan bergerak dan membetulkan kedudukannya.

3. Goyangan pinggul

Untuk bakal ibu yang suka senaman lebih fun dan rileks, goyangkan pinggul anda! Memusingkan dan menggoyangkan pinggul mungkin memberi lebih peluang bagi bayi mengubah posisinya. Aktiviti ini boleh dilakukan sambil berdiri mahupun dengan duduk di atas bola senaman. Lakukan 10 kali setiap arah.

4. Baring dengan kaki di dinding

Baringkan diri dan sandarkan kaki di dinding. Boleh juga letakkan kaki pada kerusi dan pastikan tubuh berada pada 45 darjah selama 15 minit atau sehingga tidak selesa. Ulang dan lakukan semula sehingga anda tidak selesa semula.

5. Baring dan angkat pinggul

Setelah baring, cuba angkat pinggul sebanyak 3 kali selama 3 minit. Alas pinggul dengan bantal dan lutut untuk mengelak lenguh.

Sumber: Dr Izzat 

SKIP THIS AD ×