

Misteri kehilangan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan terjawab apabila dia ditemui maut oleh sekumpulan penduduk kawasan sekitar di anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada malam Rabu.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Gerakkan Hati Saya Cari Zayn Di Kawasan Itu, Nampak Badannya Mengiring Di Tepi Sungai’
Zayn dibunuh

Terbaharu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa punca kematian kanak-kanak berusia enam tahun itu adalah akibat dibunuh.
Menurut Hussein Omar, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas tubuh badan mangsa mendapati wujudnya unsur jenayah.
Terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.
Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
Kehilangan Zayn itu mula disedari ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan.
Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa orang sekumpulan penduduk kawasan yang giat melakukan operasi pencarian.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)