berita

Punca-Punca Sesebuah Hubungan Itu Semakin Hambar. Korang Ada Tak Dalam Situasi ni?

October 21st, 2019 | by Nurul
Insiprasi

Dalam perhubungan ni pasti ada pasang surutnya. Kadang korang rasa bahagia, kadang rasa macam hubungan tu tak ada penghujung. Semua ni boleh jadi bila hati berbolak-balik dan tak pasti dengan perasaan korang sendiri. Sebab tu, penting untuk pastikan pasangan selesa dan perhubungan sentiasa bahagia.

Jom ketahui antara punca yang boleh buatkan hubungan korang jadi hambar.

1. Kaki Complain

Masa mula-mula bercinta dulu bukan main lagi. Semua indah, semuanya perfect! Tapi, bila dah lama-lama, mulalah nak complain itu ini. Sebenarnya, ini menunjukkan yang korang dah tak terima pasangan korang seadaanya. Nanti, mulalah nak kerap bergaduh dan lama-kelamaan korang akan tawar hati dengan pasangan.

2. Overthingking 

Bila korang terlebih fikir ni payah jugak tau. Bila dah mula overthinking, secara tak langsung korang juga hilang kepercayaan terhadap pasangan. Mulalah nak fikir pasangan curang walaupun sebenarnya tak.

3. Cepat Sentap

Kadang kalau pasangan korang mengusik dengan cara mengejek untuk bergurau, janganlah cepat sangat terasa hati. Cuba korang imagine, dalam sesebuah hubungan tak ada turun naik, mesti bosan. So, nak hilangkan rasa bosan tu kenalah ada gelak ketawa, ejek-mengejek, puji-memuji, pujuk-memujuk. Barulah sweet hubungan korang tu!

4. Suka Menipu

Jika korang atau pasangan dah pandai menipu atau ada niat untuk menipu, bersiap sedialah kerana itu tanda-tanda korang dah tak yakin dengan pasangan dan hubungan yang korang bina selama ni. Bila dah start menipu, susah dah korang nak cakap jujur lepas ni.

5. Lupa Saat Indah

Cuba tanya pasangan korang, dia ingat lagi tak saat-saat pertama kali korang berkenalan? First time korang dating? Kalau tak ingat, nampaknya hubungan korang dalam masalah. Hal ni, korang boleh perbaiki dengan tengok balik gambar-gambar lama, throwback moment indah masa mula-mula bercinta dulu.

Walau macam mana hambarnya hubungan korang, percayalah semua tu boleh diperbaiki dengan tekad dan usaha yang sungguh-sungguh. Cuma korang kenalah bertolak ansur ye. Jangan biarkan pasangan korang terkapai-kapai sendirian nak pulihkan hubungan korang tu.

Apa pun, korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

SKIP THIS AD ×