berita

Punca Ramai Yang Maut Tidur Dalam Kereta Sambil Buka Aircond

May 10th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sudah banyak kes melaporkan kematian berpunca dari mangsa tidur atau terlelap dalam kenderaan. Namun, masih ramai yang mengambil enteng mengenai perkara ini dan menganggap dakwaan itu mengarut semata.

Menerusi Facebook dari Shazmir Roslan memberi perkongsian ringkas mengenai punca kematian yang boleh berlaku di dalam kereta ketika tidur.

Kes meninggal dalam kereta

Abang terkejut dapat tahu ada orang meninggal ketika berhenti berehat dan tidur dalam kereta. Allahu Akbar, sedih dapat tahu satu family anak-beranak tertimpa nasib sebegini.

Gambar-gambar yang menunjukkan satu keluarga terjumpa meninggal terkujur sahaja. Allah… Semoga Allah masukkan keluarga ini dalam orang-orang yang beriman. Amin.

RISAU WEYYY..! sebab abang pun selalu juga tidur dalam kereta lagi lagi kalau drive jauh ulang alik Johor ke KL dan bila mengantuk memang abang terus singgah R&R untuk tidur. Alhamdullilah abang sendiri masih bernasib baik tak terjadi nasib yang sama.

Ini ada kes orang meninggal dalam kereta sebab tidur dalam kereta sambil buka aircond. Niatnya nak tidur elak kemalangn jalan raya tapi lain pula yang jadi.

Punca berpotensi meninggal dalam kereta

Apa sebab orang boleh meninggal dalam kereta ni?

1. Bila engine dan aircond hidup tapi kereta tak jalan, udara cuma circulate dalam kereta sahaja. Udara baru hanya akan mengalir masuk kereta dari luar bila kereta bergerak sahaja.

2. Kita ni manusia cuma hirup dapat udara 16% oxygen. Kalau kurang dari itu kita lemas dan pengsan. Kalau dah kereta kedap udara dan udara pun circulate dalam tu je. Lama-lama peratus oxygen akan berkurang dari 16% seleoas kita hembus ulang kali udara yang sama dan satu lagi darah kita pun tidak boleh terima udara kurang dari 16% oksigen yang boleh boleh bawa maut.

3. Dan ada satu tahap juga, kebocoran exhaust iaitu karbon monoksida masuk ke dalam kereta. Jika di biarkan lama lama gas karbon monoksida pun akan bertambah la. Kita pun ini hirup juga udara beracun yang hanya circulate dalam kereta.Bahaya gilee weyy..!!

Cara untuk mengelak perkara ini

Jadi apa cara kita nak elak benda ini berlaku?

Bukalah kesemua cermin tingkat kereta sedikit. Kalau ada 4 cermin tingkap bukalah senang angin keluar masuk. Lagi baik tutup engine dan aircond juga. Lama-lama engine hidup pon boleh panas pula engine, kang terbakar la pula. huhuhu…

So, korang kenalah hati-hati dan saling berpesan dengan ahli keluarga korang. Supaya kejadian ini tak berlaku. Suruh diorang ambil langkah langkah berjaga jaga. Ini musim bulan Ramadhan dan musim raya tak lama lagi, ramai orang balik kampung jauh jauh. Dah penat berjaga malam dan bersahur nak memandu kereta lagi. Abang doakan korang sentiasa selamat semasa memandu ni jauh-jauh. Insyaallah.

Please share berita ni pada keluarga tersayang.

Sumber: Shazmir Roslan

SKIP THIS AD ×