berita

‘Keradangan & Jangkitan Salur Telinga’ – Doktor Kongsi Keburukan Korek Telinga

October 22nd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang membersihkan telinga dengan menggunakan cotton bud atau pengorek besi. Tapi tahukah anda tabiat kerap mengorek mampu menjadi punca kepada sejenis penyakit telinga.

Seorang doktor, Dr. Ezairy M.Sallih berkongsi punca sakit telinga berlaku menerusi Facebook miliknya. Jadi kalau telinga tu gatal janganlah korek ya.

Ada yang bertanya

Ada seorang pesakit datang semalam dan bertanya, memang perlukah kalau telinga gatal itu tak payah nak dikorek dan dibersihkan? Dibiar sahaja ke?

Beliau bertanya selepas saya periksa salur telinganya yang sudah membengkak, sudah ada kesan luka dan gegendang telinganya pun habis dipenuhi jangkitan. Semua ini berlaku akibat tindakan beliau yang berterusan mengorek menggunakan besi. Sedap katanya, legaaa…

Tetapi, semakin lama ianya tidak berhenti gatalnya, bahkan kini menjadi sakit. Sakit yang teramat sangat!

Otitis externa

Oleh itu, nasihat saya. Apabila anda alami kegatalan atau ada sebarang masalah pada telinga anda, jangan terus mengorek untuk hilangkan gatal tersebut. Banyak keburukan boleh berlaku. Ya, memang rasa lega pada mulanya, tapi fikirkan keburukan masa panjangnya.

Keradangan dan jangkitan pada salur telinga telah berlaku kepada psakit saya. ‘Otitis externa’ ini jika lewat dirawat, amat sukar untuk sembuh. Lebih bahaya jika pesakit ada penyakit kencing manis.

Hati-hati.

#KONGSI kepada orang anda sayang. Moga perkongsian kali ini memberi manfaat berguna buat kita yang masih belum tahu.

Dr Ezairy M.Sallih
Sekadar bercerita

Rujuk gambar bagaimana salur telinga luar pesakit yang sedang membengkak. Jangkitan yang berlaku menyebabkan pesakit berasa amat sakit.

Netizen turut berkongsi

Sumber: Dr. Ezairy M. Sallih

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×