Foto: Usahawan
Sudah menjadi lumrah bagi seorang peniaga untuk berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan. Bahkan, prinsip Customer Always Right acap kali disebut oleh pelanggan ketika proses jual beli dilakukan.
Seperti perkongsian seorang peniaga di laman Facebook dikenali sebagai Asikin Abrani tampil menceritakan pengalamannya berdepan dengan seorang pelanggan yang enggan membayar upah Cash On Delivery (COD) yang telah ditetapkan olehnya. Tidak berakhir di situ, pelanggannya juga sempat ‘mempersoalkan’ caj tersebut yang dianggap mahal dan tidak berpatutan.
Siap buat kira-kira
Foto: Asikin Abrani
Menerusi perbualan mesej itu, pelanggannya mempersoalkan harga caj COD yang dikenakan dan bimbang jika suaminya marah dengan caj tersebut. Tidak berakhir di situ, pelanggannya juga sempat mengaku dirinya merupakan seorang akauntan dan mengira kos yang ‘sepatutnya’ dikenakan.
Jelas pembeli itu, lokasi bagi penghantaran makanan tersebut adalah dekat sahaja dan caj RM5 adalah tidak berbaloi. Lagi menyakitkan hati, apabila pembeli ini sempat memberi contoh dirinya hanya mengenakan caj RM3 ketika menghantar makanan yang ditempah oleh pelanggannya.
Minta maaf ye kalau rasa mahal caj cod boleh cari seller lain. Tapi tak perlu la sampai nak kira-kira semua . Nak pick up half-half tapi suruh Ikin yang deal dengan suami die. Mintak maaf ye. Ikin bukan berlagak ke ape. Ye ramai lagi seller cheese tart. Tak perlu order dengan Ikin. Siap kira guna excel. Awak akauntan, saya jurutera ok . saya siap kira berapa liter minyak/hour/km.
Jelas peniaga itu, tindakan pelanggannya adalah tidak wajar dengan tidak mengambil kira kos yang perlu ditanggungya termasuk duit minyak dan masa yang telah dihabiskan. Lagi mengejutkan, apabila pelanggannya siap menggunakan Microsoft Excel bagi membuat kiraan dengan lebih jelas.
Respon netizen
Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen daripada netizen dan telah dikongsi lebih 2 ribu pengguna Facebook.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut mengecam tindakan pembeli ini yang disifatkan sebagai kedekut dan hanya mementingkan diri sendiri.
Sumber: Asikin Abrani