berita

Punyai Tabiat Suka Tidur Dalam Kereta? Ini 6 Fakta & Akibat Yang Anda Perlu Tahu

October 11th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Kadang kala perjalanan yang jauh akan membuatkan pemandu letih dan ingin berehat buat seketika. Bagi menghilangkan rasa mengantuk, sesetengah orang akan membeli minuman bertenaga atau kafein, manakala ada juga memilih untuk tidur di dalam kereta. Tetapi tahukah anda bahawa tidur dalam kereta boleh meragut nyawa? Ini antara sebab-sebab nya..

6 sebab kenapa tidur dalam kereta bakal bawa akibat buruk

Sumber foto: Google Images

Bagi anda yang mempunyai tabiat tidur dalam kereta tanpa matikan enjin, 5 akibat di bawah ini bakal memberi kesan kepada anda. Jika ingin berehat, keluar dari kereta dan cari tempat yang sesuai. Lebih baik anda bawa teman-teman untuk ke destinasi yang ingin dituju.

1. Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.

2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

Sumber foto: Google Images

4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×