berita

Pupuk Nilai Murni, Perkukuh Infrastruktur & Perkasa Penyampaian Perkhidmatan Antara Usaha Untuk Keluarga Malaysia

November 18th, 2022 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Umum mengetahui Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) adalah perkara yang dekat di hati Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Aspirasi ini terealisasi bagi memastikan semua pihak dapat bekerjasama untuk berganding bahu mengembalikan kestabilan ekonomi, kesihatan awam dan terutama sekali demi membawa manfaat kepada rakyat.

Antara teras AKM tertumpu kepada usaha di bawah:

Meningkatkan Infrastruktur 

Dalam satu kenyataan kepada media, Ismail Sabri berkata isu berkaitan infrastruktur sentiasa diberi perhatian bagi memastikan ia dapat ditambah baik di seluruh negara.

Ia termasuk usaha melalui program rawatan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan blackspot ataupun kawasan sering terjadi kemalangan di Jalan Persekutuan.

Selain itu, demi menjamin keselesaan orang awam. Kerajaan juga tekad untuk melaksanakan kerja pembaikan dan selenggara infrastruktur awam yang terjejas akibat bencana alam.

Tidak dilupakan adalah usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet terutama sekali jaringan jalur lebar tanpa wayar dan menambah baik mutu kebolehan internet dalam bangunan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teras peningkatan infrastruktur secara menyeluruh korang boleh klik di SINI.

Memperkukuh Penyatuan dalam Acuan Keluarga Malaysia

Perpaduan adalah tunjang utama keharmonian hidup rakyat Malaysia. Oleh itu, kerajaan terus komited untuk memelihara keperpaduan ini melalui beberapa usaha penting termasuklah pembasmian kemiskinan, kepentingan nilai murni dan banyak lagi.

Program pembasmian kemiskinan secara holistik telah dijalankan bagi membantu golongan sasar untuk bangkit dari kemiskinan.

Turut sama diambil serius adalah inisiatif pembangunan sosioekonomi masyarakat India B40 dari aspek modal insan, keusahawanan, kerjaya dan juga kesejahteraan sosial.

Selari dengan pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” konsep perpaduan serta nilai murni kini mula diterapkan di awal usia kanak-kanak.

Kerajaan telah mengeluarkan Pelan pendidikan awal untuk kanak-kanak Tabika perpaduan 2021-2030.

Matlamat pelan ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam memperkembangkan potensi serta melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian¹

Klik di SINI untuk info lanjut tentang pemerkukuhan penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia

Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan

Dalam zaman yang serba canggih sekarang masyarakat mula menyedari akan kepentingan kaedah transaksi tanpa tunai.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan berusaha untuk menyediakan platform e-pembayaran di peringkat persekutuan dan negeri bagi memudahkan urusan orang ramai dengan sasaran penggunaan sebanyak 80% di peringkat persekutuan dan 25% di peringkat negeri

Antara usaha lain dalam menambah baik mutu perkhidmatan ialah dengan penyediaan aplikasi MYPotholes yang membolehkan orang awam untuk membuat aduan berkenaan jalan berlubang melalui aplikasi tersebut sahaja.

Tidak ketinggalan adalah, pemerkasaan infrustruktur ICT pada setiap sekolah di negara demi kesambungan internet yang lebih baik.

Sekolah di Malaysia juga dijangka bakal dilengkapi dengan kemudahan sistem mesra OKU seperti ruang parkir khas bagi menjamin keselesaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Klik di SINI untuk info tambahan mengenai usaha pemerkasaan penyampaian perkhidmatan.

Rujukan:

  1. https://www.perpaduan.gov.my/phocadownloadpap/penerbitan/2-08-PELAN-PENDIDIKAN-TP-2021-2030.pdf

SKIP THIS AD ×