Sakit perut yang dialami oleh seorang lelaki di Kampung Sidomulyo di wilayah Jember, Indonesia sejak tiga bulan yang lalu akhirnya terjawab jua apabila doktor menemui sebuah gelas kaca di dalam perutnya.
Dalam perut ada gelas kaca
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Nur Lasiadi menjalani pemeriksaan X-ray di Hospital Balung pada 28 Mac lalu. Namun ketika pemeriksaan, doktor mendapati terdapat gelas kaca di dalam perut Lasiadi.
Mendengar ada gelas kaca di dalam perutnya, lelaki berusia 33 tahun itu terkejut dan bingung kerana dia tidak tahu bagaimana gelas berkenaan berada di dalam perutnya.
Walau bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki bahawa gelas tersebut dimasukkan dengan sengaja melalui duburnya serta menyarankan Lasiadi untuk melakukan pembedahan dengan segera.
Kalau dari pihak kami, gelas itu memang dimasukkan melalui duburnya.
Pembedahan untuk mengeluarkan gelas kaca berkenaan mengambil masa selama dua jam kerana kedudukan objek tersebut berada di rektum. Setelah selesai, Lasiadi dibenarkan pulang ke rumah.
Tidak ada kaca pecah dalam rektum Lasiadi.
Sumber : Kompas.com