Pelakon Puteri Aishah mengakui dua kehilangan besar yang dilaluinya tahun ini membuka matanya untuk lebih menghargai kehadiran insan tersayang terutama keluarga.

Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Seronok Miliki Suami Kacak – ‘Hari-Hari Bangun Tengok Muka Suami, Cair Saya’

Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Nerd Selalu Curang & Buat Hal’ – Puteri Aishah

Puteri Aishah luang masa dengan keluarga

Menerusi hantaran di Threads, Puteri Aishah berkata susulan kehilangan tersebut, dia kini memilih untuk meluangkan lebih banyak masa bersama adik-beradik dan ahli keluarga. 

Tahun ini saya hilang dua orang yang saya sayang so dearly. Buat saya sedar, yang saya lagi suka luangkan banyak masa dengan adik beradik, keluarga yang saya rapat dan sayang.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini juga berazam untuk menghargai setiap detik bersama mereka selagi masih diberi kesempatan.

Saya tak nak lagi ambil mudah kehadiran mereka. Saya nak hargai setiap momen dengan mereka. 

Paling penting saya nak mereka tahu saya betul-betul sayang mereka sepenuh hati.

Sumber: Threads Puteri Aishah