
Ketua jenama lokal terkenal, Chong Charl Yee, menegaskan bahawa pelakon Puteri Balqis telah ‘di-lock’ lebih awal sebagai tetamu sesi siaran langsung di TikTok sebelum isu hangat tersebut tular.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘1.2 Juta Likes..Dia Betul-Betul Menjual’ – Netizen Puji Cara Puteri Balqis Reviu Produk
Artikel Berkaitan: Mia Sara Kagum Dengan Bakat Puteri Balqis, Niat Baik Disalah Tafsir Netizen – ‘Tak Pernah Cakap Buruk’
Mudah bekerjasama
Ketika ditemui OhBulan!, Charl Yee akui mudah untuk bekerjasama dengan pelakon berusia 18 tahun itu yang disifatkan sebagai seorang yang merendah diri.
Sejujurnya saya terkejut bila semua pekerja saya beritahu tentang sikap sebenar Puteri Balqis.
Mereka kata dia seorang yang sangat merendah diri. Dia seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama.
Charl Yee berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen The Raya Table By Dr Cardin yang berlangsung di Visual Three Studio, Seri Kembangan, baru-baru ini.
Ekoran maklum balas yang positif, ketua bagi jenama lokal ini terbuka untuk meneruskan kerjasama bersama Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 tersebut.
Lock awal
Mengulas dakwaan menunggang isu melibatkan Puteri Balqis, Charl Yee menafikan perkara tersebut sekali gus memaklumkan bahawa perjanjian telah dibuat beberapa hari sebelum isu bersama pelakon Mia Sara Nasuha tular.
Bagaimanapun, Charl Yee menganggap isu tersebut sebagai satu tarikan bagi malam sesi siaran langsung yang berjaya mencapai sasaran jualan.
Saya harus jelaskan di sini sebab memang ramai orang tanya tentang perkara ini. Kami sudah ‘lock’ Puteri Balqis lebih awal. Beberapa hari sebelum sesi ‘live’ itu berlangsung tiba-tiba dia viral. Kami pun memang tak sangka.
Sebagai sebuah jenama, saya akui kami agak risau pada mulanya. Tetapi ada hikmah atas apa yang berlaku kerana sesi ‘live’ tersebut berjaya menarik ramai orang.
Hasil jualan juga berjaya mencapai sasaran. Banyak barang yang ‘sold’ out.