berita

Puteri Sarah ‘Contact’ Dengan Syamsul Yusof Hanya Untuk Kedua Anak – ‘Saya Tak Pernah Tanya Apa-Apa Dekat Dia’

April 8th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Syamsul Yusof

Dipercayai kali terakhir pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof berkongsi aktiviti di Instagram miliknya adalah pada November tahun lalu dan sejak itu tiada lagi sebarang hantaran di muat naik.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Silaturrahim Kami Teruskan Demi Cucu Tercinta’ – Patimah

Artikel Berkaitan: ‘Kami Sayang Puteri Sarah Kerana Dia Menantu Yang Baik, Tapi Kebahagiaannya Digugat Penyondol Kejam’ – Patimah Ismail

Tak tahu punca hilang

Syamsul Yusof

Ketika ditanya kepada bekas isteri iaitu aktres Puteri Sarah Liyana, dia berkata tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, dia hanya berhubung dengan Syamsul mengenai urusan anak-anak sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Kita semua dekat KL saja, kalau katakan raya pertama itu dia nak datang jumpa anak-anak okay saja. Saya pun masih berhubung dengan dia, cuma untuk anak-anak saja.

Sebenarnya saya pun tak tahu (Syamsul lama tak aktif IG). Apa yang saya tahu, dia datang untuk jumpa anak-anak saja. Dia hubungi saya untuk jumpa anak saja.

Saya pun tak pernah tanya apa-apa dekat dia kalau dia mesej nak ambil anak. Ikutkan waktu dia ambil anak pun saya tak ada. Sebab saya sibuk dengan perniagaan.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan isteri kepada Syamsul iaitu Ira Kazar sedang hamil. Namun sehingga kini mereka masih mengunci mulut.

Malah, sejak daripada dakwaan itu tular Ira juga sudah tidak lagi aktif di Instagram dan TikTok miliknya.

Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 14 Jun tahun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Syamsul kemudian mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023.

SKIP THIS AD ×