berita

Puteri Sarah Liyana Bercinta Dengan Syamsul Yusof – Ammar Alfian

April 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Ammar AlfianKontroversi yang melanda Ammar Alfian bersama bekas kekasih, Puteri Sarah Liyana. nampaknya masih belum reda lagi.

Selepas kecoh sebelum ini isu perpisahannya bersama Puteri Sarah, kali ini, Ammar Alfian mendakwa bekas teman wanitanya itu sedang bercinta dengan pengarah filem, Syamsul Yusof.

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Ammar Alfian yang juga merupakan seorang model telah mendedahkan bahawa Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mula rapat sejak bulan Oktober 2012.

Ammar turut menjelaskan punca dia mendedahkan perkara ini kerana sudah tidak tahan dengan Puteri Sarah yang sering memburukkan namanya.

“Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.

“Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.

“Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?”

Menerusi laporan yang sama juga, Ammar Alfian mendedahkan bahawa dia kini sudah mempunyai kekasih baru bernama Shella.

“Benar saya sudah pun mempunyai kekasih baru selepas hubungan saya dan Sarah putus. Hubungan kami masih lagi baru,” dedah pelakon berusia 26 tahun ini lagi.

Baguslah sudah ada kekasih baru. Harapnya janganlah kalau putus dengan kekasih ini, dijaja pula cerita seperti dijajanya cerita Puteri Sarah.

SKIP THIS AD ×