Pelakon, Puteri Sarah Liyana menghulurkan bantuan kepada pemandu ojek Indonesia yang ketika ini sedang berdepan dengan suasana tidak menentu ekoran gelombang protes besar-besaran yang berlaku di sana.

Artikel Berkaitan: ‘Doakan Saya Pulak’ – Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Hadiri Majlis Pengebumian Affan Kurniawan, Pemandu Gojek Maut Digilis Trak Barracuda

Puteri Sarah hulur bantuan

Menerusi Threads, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik foto dirinya yang memesan enam pek soto bernilai Rp192,000 (RM50) melalui aplikasi e-hailing makanan.

Dapat dilihat, pelakon filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ itu tidak meletakkan alamat penghantaran yang tepat sebaliknya, hanya memilih lokasi rawak.

Sarah yang turut memuat naik tangkap layan hantaran mesej menjelaskan bahawa dirinya hanya mahu berkongsi rezeki kepada penghantar makanan yang menerima tempahan tersebut.

Saya dari Malaysia, itu sedekah buat kamu dan rakan-rakan.

Nanti dimakan ya?

Alhamdulillah, ada juga sumbangan kecil dari saya. Lekas sembuh, Indonesia.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Puteri Sarah yang mempunyai empati tinggi untuk membantu meringankan beban rakyat Indonesia yang sedang berdepan rusuhan.

Sekadar info, Indonesia ketika ini sedang dilanda gelombang protes besar-besaran dibuat rakyat Indonesia selepas Presiden mereka, Prabowo Subianto mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).

Keadaan di sana menjadi semakin tegang selepas seorang pemandu ojek, Affan Kurniawan maut akibat digilis trak ‘Barracuda’ sehinggakan mencetus kemarahan rakyat.

Sumber: Threads