
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyokong tindakan seorang individu yang memilih untuk berhias bagi menghadiri mahkamah bagi proses penceraian.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Sambung Master – ‘Permulaan Yang Baik Untuk Tahun 2026’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Liyana Akui Normal Golongan Ibu ‘Burnout’ – ‘Hari Ini Hari Saya’
Berhias untuk bercerai
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu difahamkan sedang mencari jurusolek bagi menghadiri mahkamah syariah.
Selain itu, individu terbabit turut menanyakan kepada umum agar menyarankan pakaian untuk dipakai semasa prosiding berjalan.
Tolong cadangkan jurusolek yang boleh solek saya nak pergi mahkamah syariah.
Tak kan nak nikah je cantik, bercerai pun kena cantik.
Cadangkan juga pakaian macam-mana nak pakai nanti.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang turut berkongsi pengalamannya bercerai bersama aktor dan pengarah Syamsul Yusof.
Suka. Masa saya dulu, saya rasa nak berhenti pakai hitam dan kacamata hitam.
Jadi, hari-hari saya pakai putih, merah jambu, kuning cair dan solekan yang ringan.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 9, dan Summayah, 7.
Mereka kemudiannya bercerai pada 14 Jun 2023 selepas Puteri Sarah sebagai isteri pertama pada ketika itu memfailkan perceraian susulan pernikahan Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin di Selatan Thailand.
Sumber: Threads @puterisarahliyana








