
Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya kini lebih memilih untuk tidak lagi terlalu lantang bersuara seperti dahulu, sebaliknya lebih selesa membawa diri dengan tenang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Buang Dendam & Jangan Bermusuh’ – Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: Didakwa Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Beri Respon – ‘Dah Move On Lah!’
Nak lebih berhati-hati
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih memilih untuk lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan salah faham mahupun dianggap cuba menunggang sesuatu isu.
Dulu lantang sebab ada isu, salah satunya isu Sarah. Sarah memperjuangkan hak wanita, hak Sarah dan ada kena-mengena dan kawan-kawan.
Jadi sekarang ni rasanya nak kurangkan sikit. Sekarang saya memilih ketenangan, saya memilih fokus.
Fokus kepada kerjaya, fokus kepada bidang lakonan, fokus pada perniagaan, fokus kepada anak-anak. Kalau ada cuti je kita pergi Jakarta.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Gala: Pelancaran Penjenamaan LINDUNG Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercerita lanjut, pelakon filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ juga mahu terus mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan dan tidak mahu dikenali kerana kontroversi.
Saya rasa malas sebab saya pernah menjadi satu isu besar dulu dan jadi perhatian. Sebenarnya, ada baik dan buruk juga bila jadi perhatian ni.
Kalau kita buat salah sikit je, kita akan dibicarakan. Jadi, sekarang Sarah rasa lebih baik hidup tenang. Tapi tak lari daripada industri, masih ada, masih ke sana ke sini dan masih aktif.
Kalau boleh tak nak nama terpalit lagi kontroversi, saya nak orang cakap, ‘Dia berlakon bagus, perniagaan dia bagus, bisnes dia bagus dan produk dia bagus’.
Sebab kalau kita terlalu kontroversi sangat, salah sikit je orang nampak, akan jadi besar.
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
