berita

Puteri Zarith Tak Suka Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit – ‘Kadang-Kadang Terpaksa Tutup Komen’

March 14th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Puteri Zarith baru-baru ini memberitahu kepada OhBulan! bahawa dia menerima komen negatif berhubung saiz fizikalnya yang dilihat semakin kecil.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Tulis Komen & Tanya Dayang Sakitkah?’

Tak suka orang kaitan kurus dengan sakit

Menerusi temu bual di majlis exclusive preview Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, Puteri berkata dia tidak kisah sekiranya orang menegur bentuk badannya semakin kurus, namun dia tidak gemar apabila orang mengaitkan penurunan berat itu disebabkan sakit.

Bila berat badan berlebihan, cakap tembam la dan macam-macam lagi. Itu dah jadi body shaming. Walaupun saya jual produk untuk kurus pun, saya tak cakap ia sesuai untuk orang gemuk. Perkataan itu sendiri tak sedap untuk dengar.

Paling saya tak suka bila dengar, orang kata sakit ke. Perkataan tu seolah mengharapkan kita sakit. Kadang-kadang saya terpaksa tutup komen sebab malas nak baca.

Disoal mengenai berat badan, Puteri mengakui bahawa berat badannya turun sebanyak lebih kurang lima kilogram selepas mengambil produk kurus miliknya.

Ikutkan saya ambil supplement produk saya sendiri tapi buat masa kini, saya berhenti makan sebab takut selepas ini tinggal tulang saja kan. Saya ambil produk saya itu sejak Disember tahun lalu, sekarang makin hari, bila ukur baju raya dari pinggang 23, kini dah 22.

Ada yang komen positif kata rindu badan saya yang lama. Tapi saya ini kecil saja, bila saya hilang dalam dua ke tiga kg itu nampak. Tapi sebenarnya saya hanya hilang dalam lima kg saja, tak banyak pun.

Sebelum ini, Puteri Zarith telah memuat naik artikel daripada OhBulan! mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang turut kurang senang orang mengaitkan fizikalnya semakin kurus disebabkan sakit.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×