Penyanyi kecil molek Iman Troye mendedahkan dia sudah kembali solo bagi memberi fokus sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Artikel Berkaitan: Iman Troye Dedah Sudah Ada Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati Tengok
Sempat bercinta sempat berakhir
Ketika ditemui OhBulan!, Iman menafikan punca perpisahan mereka disebabkan dia bergelar selebriti.
Penyanyi berumur 20 tahun ini memberitahu dia dan bekas teman lelaki yang merupakan rakan diploma dalam bidang muzik sepakat untuk menumpukan pada kehidupan sendiri.
Sebab apa tak menjadi? Kekangan masa antara punca juga. Masing-masing nak fokus diri sebab semester empat ini ada 12 subjek. Agak struggle.
Tak sempat nak fokus dekat diri orang lain, nak menangis untuk broken.. Sempat menangis untuk assignment saja.
Bagi saya, masih terlalu muda untuk libat dalam percintaan yang serius ke arah perkahwinan. Nak dedah siapa boyfriend saya pun tidak lagi.
Iman ditemui ketika majlis perasmian kejayaan pelajar cemerlang SPM 2021 PTTI yang diadakan di Hotel DoubleTree By Hilton, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Turut sama hadir menjadi panel pada program Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian anjuran PTTI adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Selain Iman, penyanyi dan pelakon terkenal MK K-Clique turut dilantik menjadi ikon PTTI.
Biarpun hubungan terputus di tengah jalan, pemilik nama Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin tetap cemerlang apabila berjaya memperoleh dekan dalam setiap semester.
Dalam pada itu, pelantun lagu Teman memberitahu dia tidak menegah golongan pelajar bercinta semasa belajar ketika di pengajian.
Masing-masing ada pendapat sendiri. Ada kawan saya memang nak ada boyfriend supaya lebih bersemangat. Macam saya tak ada masa.
Beri penghargaan kepada 335 pelajar cemerlang
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, berkata, anugerah yang disampaikan ini juga bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka.
Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.
Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga, pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM. Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan pelajar-pelajar ini.
Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua.
Meletakkan pemahaman melalui teknik yang sesuai sebagai asas kepada setiap pengajaran di PTTI, sehingga kini pusat ini tidak pernah kering idea dalam memperkenalkan pelbagai kaedah berbeza dalam penyampaian ilmu. Melihat pembaharuan yang diperkenalkan perlu seiring dengan keperluan pelajar ini adalah rahsia PTTI terus relevan.
Dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40, PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.