
Pelakon Qasrina Karim menyorot perhatian menerusi sikapnya yang ramah serta tidak kekok melayani peminat.
Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Titip Doa, Kongsi Foto Suasana Pilu Di Pusara Arwah Bapa Erysha Emyra
Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Kongsi Keadaan Adik Di Mesir, Ada Kemungkinan Tak Balik Raya – ‘Satu Keluarga Risau’
Artis tak diva
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu dikenali sebagai Fatini berkongsi momen ketika berpeluang bertemu dengan pelakon berusia 30 tahun itu.
Pada hantaran sama, Fatini memaklumkan ibunya merupakan peminat karya lakonan Qasrina sekali gus tidak melepaskan peluang untuk bergambar.
Menurutnya, Qasrina memiliki personaliti yang disenangi ramai selain tutur katanya yang lembut serta tidak bersikap sombong meskipun bergelar anak seni.
Hari ini saya jumpa Qasrina.
Dia sangat merendah diri, lembut tutur kata, sangat sopan.
Suka sangat artis yang tak diva.
Pengalaman bertemu Qasrina




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap positif yang ditonjolkan Qasrina Karim selain berharap agar keperibadiannya itu kekal, terutama ketika melayani peminat.
Sumber: Threads @fatiniahmd








