berita

Qi Razali & Nelydia Senrose Bercinta?

February 19th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-02-19 at 9.55.04 AMSejak putus cinta bersama penyanyi, Yuna, Qi dilihat sedikit suram dalam kerjayanya. Perkara yang berlaku meyebabkan dia mengambil keputusan untuk fokus pada kerjaya sahaja pada tahun 2013 ini.

Namun menerusi laporan Utusan hari ini, Qi atau Kushairi Mohammed Razali khabarnya selesa bersama pelakon baru, Nelydia Senrose. Nelydia mula dikenali menerusi watak yang dipegangnya dalam drama ‘Setia Hujung Nyawa’.

“Memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa.”

Qi juga mengaku mereka berdua sudah lama kenal dan masih dalam proses mengenali diri masing-masing.

“Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa.”

Baguslah kalau begitu, semoga cepatlah bertemu jodoh ya Qi. Kalau tidak, ramai peminat diluar sana yang menunggu.

SKIP THIS AD ×