Pelakon Qistina Raisah mendedahkan pengikut di TikTok miliknya bertambah sebanyak 15,000 sejak video dia menyimbah air ke muka rakannya yang juga penyanyi dan aktres, Arnie Shasha tular.
Artikel Berkaitan: Qistina Raisah Ditegur Netizen, Foto Posing Nampak Ketiak Mengundang – ‘Nak Pakai Apa Pakailah, Jangan Upload Yang Terdedah’
Artikel Berkaitan: ‘Risau Perkataan Jahat Keluar Dari Mulut Ketika Di Makkah & Madinah’ – Janna Nick Kongsi Cabaran Pegang Watak ‘Misha’
Followers naik!
Qistina, 16, berkata, dia tidak menyangka pengikut di platform tersebut naik mendadak biarpun video berkenaan merupakan gimik bagi pelancaran lagu sulung Shasha berjudul Lepak.
Pengikut saya di TikTok menaik sejak video simbah air tu viral. Lagi 4,000 nak cecah sejuta. Saya lihat bertambah dalam 15,000. Memang ‘love’.
Mungkin netizen berkampung sebab mereka nak tahu perkembangan kes tersebut.
Qistina berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu sulung Arnie Shasha berjudul Lepak yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.
Hanya buat tugasan
Berkongsi lanjut, pelakon drama Iktibar ini berkata, dia hanya mengetahui mengenai tugasan untuk menjayakan gimik berkenaan selepas dimaklumkan oleh ibunya.
Pun begitu, Qistina akui tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan netizen yang mengecam dirinya.
Saya tak rasa gimik ini telah mencalarkan nama saya pun. Saya hanya menjayakan watak dan jalankan tugasan saya.
Saya tidak tahu menahu, sehari sebelum buat gimik baru tahu. Itu pun mak saya beritahu ada ‘job’ ini. Saya pun kata okay.
Netizen pula memang suka bercakap fasal saya, kalau saya tak buat apa pun mereka tetap akan bercakap.
Saya tidak terkesan dengan hencapan yang dilemparkan netizen. Saya tak baca langsung komen netizen. Sesekali baca boleh, tapi jangan balas.
Suka gaduh?
Dalam pada itu, ditanya apakah reaksi apabila dilabel sebagai ‘kaki gaduh’, Qistina menafikan perkara tersebut.
Saya kuat gaduh? Saya tidak kuat gaduh pun. Selalunya kalau ada isu melibatkan saya, orang lain yang mulakan dahulu bukan saya.
Jika saya ada terlibat dengan pergaduhan sekali pun, saya lebih suka selesaikan secara baik dan personal. Tidak sampai nak viral.
Terdahulu, Arnie meluahkan rasa berang dan tidak lagi mampu menahan sabar dengan sikap rakannya iaitu Qistina yang didakwa sering mendedahkan aib dirinya kepada orang lain.
Tidak lama kemudian, tular sepotong video pergaduhan antara mereka yang memaparkan Qistina menyimbah air ke muka Arnie.