Pelakon Que Haidar berkongsi bahawa dia kini sedang berusaha meninggalkan tabiat lamanya iaitu merokok.

Artikel Berkaitan: Que Haidar Sedih Dikritik Tayang Badan – ‘Tiga Bulan Saya Buat Badan Tiba-Tiba Orang Cakap Saya BBNU, Berlagak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar ‘Laku Keras’ Gara-Gara Fenomena Jamilah – ’16 Tahun Saya Memperlahankan Kerjaya Seni’

Nak berhenti

Menerusi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 46, mendedahkan dia kini hanya merokok sekotak seminggu, berbanding sebelum ini yang mampu menghabiskan sekotak dalam masa sehari.

Dah seminggu, tapi masih ada enam batang rokok lagi. Hebat juga saya boleh bertahan. Kadang-kadang ada hari yang saya langsung terlupa nak merokok.

Ini perkembangan yang sangat baik untuk diri saya sebab memang niat saya nak berhenti merokok. Dulu sehari sekotak, sekarang sekotak seminggu.

Perlahan-lahan Insya-Allah akan okay.

Tambah Que, dia memilih untuk menumpukan perhatian kepada perkembangan dirinya sendiri tanpa membandingkan dengan orang lain.

Saya tak boleh bandingkan diri saya dengan hidup orang lain. Yang saya lihat hanya perkembangan diri saya berbanding sebelum ini.

Dulu sehari sekotak, lepas itu saya perlahan-lahan kurangkan. Sekarang sekotak seminggu. Lama-lama, Insya-Allah saya boleh berhenti terus.

Terdahulu, Que meluahkan rasa terkilan apabila segelintir pihak mengkritiknya sebagai ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU) selepas menayangkan hasil perubahan bentuk badannya.

Sumber: Youtube