
Acara Meet & Greet Jakel di Jakel Shah Alam pada Sabtu mencipta suasana luar biasa apabila pengunjung membanjiri ruang legar untuk bertemu Duta Jakel 2026, Que Haidar dan Achey.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sesetengah Orang Bash Untuk Buat Diri Mereka Rasa Lebih Bagus’ – Que Haidar Tak Peduli Komen Negatif Trend ‘Jamilah’
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sarung Gaun Pengantin, Komen Datuk Red Undang Perhatian – ‘Cantiknya..Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya’
Curi tumpuan

Kehadiran Datuk Red sebagai ‘lelaki misteri’ yang diumumkan sebelum ini turut mencuri tumpuan.
Menurut Que Haidar, dia berasa terharu dengan sambutan hangat masyarakat Shah Alam untuk datang bertemu di hari hujung minggu.
Saya tidak sangka sambutannya semeriah ini. Terima kasih kepada semua yang hadir bukan sahaja untuk bertemu saya, tetapi kerana terus menyokong jenama tempatan seperti Jakel.
Manakala, Datuk Red pula berkongsi keterujaannya beramah mesra dengan pengunjung.
Aura pengunjung hari ini sangat luar biasa. Seronok dapat bergambar dan berkongsi momen positif bersama semua.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel, mengumumkan promosi jualan mega dilanjutkan sehingga 14 Disember di semua cawangan selepas melihat sambutan luar biasa.
Kami ingin menghargai sokongan pelanggan setia Jakel dengan memberi lebih ramai peluang menikmati harga diskaun terbesar tahun ini.






![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)
