Selepas pelakon, Ellie Suriaty, kini Namron pula tampil memberikan sokongan terhadap rakan seindustri Que Haidar agar kembali aktif dalam industri seni.

Artikel Berkaitan: Terlalu Jiwai Watak Ketika Kelas Lakonan, Namron Pernah Dinasihat Untuk Jumpa Pakar Sakit Jiwa

Artikel Berkaitan: ’16 Tahun Que Haidar Korban Hidup Melayan Paranoia Si Dia, Akan Mengamuk Kalau Terima Tawaran’ – Ellie Suriaty

‘I stand with Que’

Dalam satu perkongsian di Threads, sokongan Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan terhadap Que semakin kuat apabila mengimbau kembali pengorbanannya yang pernah meninggalkan kerjaya, impian dan cita-cita demi keluarga.

Dakwa Namron, apabila pelakon filem rock itu berusaha untuk kembali aktif dalam dunia seni, timbul cubaan seolah-olah mahu ‘merampas’ semula peluangnya dalam industri tersebut.

Namron turut berharap agar rakan seperjuagannya itu tidak putus asa dan teruskan bertahan walau apa jua cabaran yang mendatang.

I stand with Que Haidar.

Pernah meninggalkan kerjaya, impian dan cita-cita demi untuk keluarga.

Pernah merasa kehilangannya dalam dunia seni, rindu untuk melihatnya beraksi.

Kini ketika dia kembali untuk mengubati rindu kami, dia cuba dirampas semula dari kami.

Tolong jangan menghilang lagi. Terus berdiri dan lawan. Jangan menyerah. Aku tahu kau kuat. 

Sebelum ini, Ellie mendedahkan pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh Que sepanjang tempoh perkahwinannya sebelum ini.

Sumber: Threads