berita

Rabecca Nur Al-Islam Menang Kes Saman

November 8th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rabecca

Sekitar bulan Julai lalu, aktres jelita, Rabecca Nur Al-Islam telah menyaman produksi milik pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd kerana mendakwa syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu.

Berikutan kes saman itu, Rabecca telah melahirkan rasa syukur kerana kemenangan berpihak pada dirinya dan dalam masa yang sama, pelakon tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menyelesaikan kes tersebut.

Alhamdulillah syukur. Allah S.W.T sentiasa akan bersama dengan hambanya yang di pihak benar. Amin syukur, Ya Allah.

Terima kasih kepada lawyer saya dari Azam, Idzham, Azman & Partner, thank u family, friends, saksi-saksi saya, Encik Azahari, Farra Nur Hidayah dan cik Fariz… Syukur… Thank you semua yang menyokong saya di pihak yang benar. – Media Hiburan

Erma Fatima

Foto yang dikongsikan oleh Erma Fatim

Dalam pada itu, menerusi laman sosial Erma Fatima, penerbit tersebut dilihat tenang menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah dan berkongsi sekeping foto yang mengandungi caption berbunyi :

There is a HIGHER COURT then courts of justice and that is the court of CONSCIENCE . It supercedes all other courts.

Untuk makluman, drama bersiri Dejavu Di Kinabalu telah diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

Drama tersebut mula ditayangkan pada 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rebecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha serta Nazim Othman.