![]()
Baru sahaja rasanya kami kongsi dengan anda semua foto-foto percutian Rabecca Nur Al-Islam bersama keluarganya di Paris.
Tapi, apa yang lebih menarik, khabarnya pelakon cantik itu kini sudah memiliki kereta mewah favourite ramai. Bukan calang-calang kereta ya sebab dengarnya Rabecca beli Hummer!
![]()
Percaya atau tidak, kalau tak salah kami, harga kereta Hummer ni boleh mencecah sehingga setengah juta ringgit Malaysia.
Mana taknya, kebiasaannya kereta mewah ini digunakan oleh menteri-menteri dan kaum kerabat diraja sahaja. Untunglah jadi orang kaya kan. Harga kereta pun dah boleh beli rumah sebiji.








