Selebriti media sosial, Raf Yaakob mendedahkan dirinya berdepan isu hutang melibatkan beberapa individu, termasuk seorang lelaki yang didakwa merupakan abang kepada seorang artis.

Artikel Berkaitan: Raf Yaakob Terbuka Beri Pasangan ‘Password’ & Akses Media Sosial – ‘Tiada Apa Nak Sorok, Itu Cara Saya Bina Kepercayaan’

Hutang

Menerusi hantaran di Threads, Raf mendakwa individu berkenaan bukan sahaja gagal melangsaikan hutang, malah bertindak memutar belit cerita dengan menuduhnya pula berhutang.

Abang kepada seorang artis ini berhutang dengan saya, tetapi dia beritahu orang ramai kononnya saya yang berhutang dengan dia.

Siap cakap saya banyak hutang dengan orang. Bila ajak berjumpa untuk selesaikan, dia tak mahu. Apa yang patut saya buat?.

Dalam pada itu, Raf turut mendedahkan terdapat beberapa lagi individu lain yang berhutang dengannya dan jumlah keseluruhan mencecah lebih RM1 juta.

Ini baru satu pihak. Kalau campur dua lagi pihak yang berhutang dengan saya, nilainya sudah lebih sejuta. Saya akan selesaikan satu persatu. Berani kerana benar.

Bukan saya sengaja beri pinjam, tetapi saya rasa dianiaya. Individu itu sendiri mengaku salah dan berjanji untuk bayar semula, namun sehingga kini masih belum ditunaikan.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian wargamaya yang rata-ratanya menasihati agar perkara berkenaan diselesaikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan sebarang salah faham berpanjangan.

Sumber: Threads