berita

Rafathar, Filem Komedi Yang Confirm Buat Korang Tak Kering Gusi! Dengar Kata Ada Fazura?

September 20th, 2017 | by Noraniza
Filem Tempatan

Filem Rafathar The Movie – ‘Si Cilik Superkid’ ini bakal menggegarkan panggung wayang tidak lama lagi. Filem ini dibintangi oleh Rafathar (anak Raffi Ahmad), Raffi Ahmad, Fazura, Babe Cabita dan Nagita Slavina.

Filem arahan Bounty Umbara ini mengisahkan tentang dua orang penculik yang telah ditugaskan untuk menculik seorang bayi lelaki daripada keluarga yang kaya. Tapi tanpa diketahui mereka, bayi itu ada something ‘extraordinary’ tau. Ha macam mana lah kesudahan misi mereka tu kan?

Pencuri profesional? Ye ke ni?

Kalau nak tahu, nama dua orang jejaka yang juga dikenali sebagai ‘pencuri profesional’ ini adalah Jonny Gold dan juga rakannya Popo Palupi. Nama pun dah lawak, karakter mereka dalam filem ini lagi lah! Memang boleh cramp perut sebab gelak! Hahaha

Ditugaskan untuk menculik bayi yang mempunyai kuasa luar biasa. OMG!

Misi mereka adalah untuk menculik seorang bayi yang bernama Rafathar yang datang daripada keluarga yang sangat baik. Lagi epik bila mereka tahu bayi itu sebenarnya ada kuasa yang boleh mengawal objek logam. Fuhlamak power habis si Rafathar ni!

Rafathar memberikan masa yang sukar untuk mereka menjalankan misi. Haha lawak betul!

Persoalannya sekarang, mampu ke Jonny dan Popo selesaikan misi penculikan bayi yang mempunyai kuasa luar biasa itu? Ha, jangan risau admin tak spoil kan. Korang kena tengok sendiri telatah lucu dua penculik dan juga Rafathar.

Saksikan filem Rafathar ini di pawangan berdekatan anda pada 28 September ini!

Pengakhiran cerita ini boleh disaksikan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia & Brunei bermula pada 28 September 2017. Set date terus tau, make sure korang semua free!

Oh ya, admin nak bagi FREE tiket untuk korang semua tonton filem ini pada 23 September 2017 nanti bertempat di MM2 Ecurve, Damansara pada jam 3pm. Ada 10 pasang tiket untuk dimenangi! Best kan? Ha, sebelum itu, ikuti langkah di bawah:

Like dan comment post ini beserta slogan: “Filem Rafathar ini perlu ditonton kerana…..”

Tag kawan yang korang nak bawa bersama untuk tengok filem ini

Senang je bukan? Jangan terlepas peluang untuk menang premiere passes ini tau. Rugi nanti!

Apa-apa pun, jom tengok trailer filem ini dulu. Amik mood sikit

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×