Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Indonesia, Raffi Ahmad dan Nia Ramadhani meraih perhatian kerana mempamerkan kemesraan saling berpelukan di acara Lagi-Lagi Tenis Internasional.

Artikel Berkaitan: Raffi Ahmad Miliki Kekayaan Cecah RM282 Juta, Aset Diperoleh Sebelum Ceburi Dunia Politik

Artikel Berkaitan: Raffi Ahmad Kongsi Persiapan Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci – ‘Saya Banyak Istighfar & Buat Solat Taubat’

Ibarat adik-beradik

Momen mesra itu terjadi selepas mereka berdua memenangi perlawanan menentang pasangan dari Korea Selatan.

Bagaimanapun, situasi itu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen di Indonesia kerana mereka berdua mempunyai pasangan masing-masing.

Raffi berkata pelukan itu adalah pelukan kemenangan dan tidak mempunyai makna yang tersembunyi.

Malah, dia turut menunjukkan demonstrasi bagaimana pelukan kemenangan itu terjadi.

Ketika itu kan menang, jadi ia hanya pelukan kemenangan.

Pun begitu, isteri Raffi, Nagita Slavina berkata dia tidak mengambil hati dengan situasi itu kerana mereka diibaratkan seperti adik-beradik.

Komen netizen Indonesia

Meskipun mereka adalah pasangan dalam pertandingan itu, namun netizen di Indonesia menganggap tindakan selebriti itu adalah berlebihan.

Saya memang tak boleh jadi isteri selebriti bila tengok Raffi peluk Nia dan terus akan cemburu.

Pelukan itu…

Biasanya situasi ini yang akan menjadi sorotan.

Sumber: Detikhot