berita

Ragut Beg Wanita Baru Turun Bas, Lelaki Dilanggar Suami Mangsa

September 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang lelaki yang cuba meragut seorang wanita mengundang ‘padah’ apabila dia telah dilanggar oleh suami mangsa di Kampung Binjai, Kota Bharu, Kelantan, semalam. Difahamkan, mangsa yang berusia 29 tahun baru sahaja turun dari bas ekspres dan menanti dijemput suaminya.

Tengah tunggu suami

Foto: Harian Metro

Lapor Harian Metro, mangsa dikatakan baru sahaja tiba dari Negeri Sembilan dan sedang menunggu suaminya di tepi jalan persimpangan Kedai Piah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata, suami mangsa yang menyedari kejadian tersebut bertindak mengejar suspek.

Tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang motosikal terus meragut beg tangan mangsa. Suami mangsa yang kebetulan tiba di tempat kejadian, bertindak melanggar motosikal suspek dengan kereta yang dipandunya namun lelaki itu cuba melarikan diri.

Berlaku pergelutan antara suspek dan suami mangsa namun lelaki itu berjaya ditahan dengan bantuan dua orang awam lain yang melalui tempat kejadian.

Mengulas lebih lanjut, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun, suaminya mengalami luka di telinga kiri akibat pergelutan bersama suspek. Suspek turut mengalami luka di tangan serta lutut dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi rawatan susulan.

Jumpa benda terlarang

Sekadar gambar hiasan

Tidak berakhir di situ, menerusi pemeriksaaan ke atas beg pinggang milik suspek, pihak polis menjumpai satu paket lutsinar  mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah.

Ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methampethamine dan memiliki 14 rekod lampau bersabit dadah dan jenayah. Permohonan reman sedang dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×