Anak kepada pelakon veteran, Rahim Jailani iaitu Muhamad Fadzlan Tasyriq meraih perhatian ramai selepas bapanya menghadiri majlis konvokesyennya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tak Bagi ‘Green Light’ Rita Rudaini Kahwin Lagi – ‘Tak Payahlah, Mommy Dah Cukup Dah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Gelagat Anak Bujang Rita Rudaini Menjual Di TikTok, Siap Berlakon & Menyanyi Lagi! – ‘Bagus Depa Ikut Je Cakap Mak’

Konvokesyen UiTM

Menerusi perkongsian di TikTok, pelakon berusia 64 tahun itu memuat naik gambar memaparkan suasana ketika berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen ke-101 UiTM pada Khamis lalu.

Rahim meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anaknya berjaya menamatkan pengajian tepat pada waktunya.

Alhamdulillah syukur ya Allah atas limpah kurnia dan rahmatmu anak Muhamad Fadzlan Tasyriq telah berjaya menamatkan pengajian sijil Bachelor of Administrative Science (Hons.)

Dalam perkongsian itu juga, Rahim memaparkan wajah isterinya yang dikatakan mempunyai iras dengan pelakon wanita tanah air iaitu Amira Othman.

Perkongsian itu mengundang perhatian warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada anak aktor itu.

Sesetengah warganet turut berseloroh mengatakan Tasyriq sudah boleh mengambil alih syarikat bapanya memandangkan Rahim sering memegang watak sebagai bos besar syarikat ‘Megah Holding’.

Komen warganet

Sumber: TikTok