berita

‘Rahsia’ Guna Pasport Palsu Terbongkar, Wanita Indonesia Tergamak Tinggalkan Bayi Di Hospital

April 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita warga Indonesia dipercayai meninggalkan bayi baru lahir yang berusia kira-kira 40 hari kerana perbuatannya menggunakan pasport palsu terbongkar.

Ibu kandung tidak daftar kelahiran anaknya

Foto kredit JKM

Berdasarkan laporan Harian Metro, bayi berkenaan telah dilahirkan pada 5 Februari lalu tetapi kelahiran tersebut dikatakan tidak didaftarkan oleh si ibu. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru memaklumkan, pada 16 Februari, bayi itu kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana mengalami muntah yang berlarutan.

Pada 14 Mac lalu, rujukan bersurat dilakukan kepada konsulat Indonesia dan mendapati nombor pasport digunakan wanita berkenaan adalah palsu dan milik individu lain.

Selepas mengetahui helahnya itu terbongkar, wanita berusia dalam lingkungan 30-an ini telah menghilangkan diri dan meninggalkan bayi itu di hospital bagi mengelak daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Berikutan daripada itu, ketua jururawat membuat laporan polis bagi memaklumkan wanita tersebut gagal menuntut bayinya. Selepas dibenarkan discaj pada 25 Mac, bayi tersebut telah dibawa dan ditempatkan di Rumah Perlindungan JKM Johor mengikut subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Bayi berkenaan kini dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Pihak JKM masih dalam usaha mengesan keberadaan ibu kandung bayi berkenaan.

Sumber : Harian Metro 

SKIP THIS AD ×