berita

Rahsia Vokal Mantap Di AJL34, Ernie ‘Berguru’ Dengan Anuar Zain Untuk Ku Bersuara

February 12th, 2020 | by Amat
Lensa Insta

Kemantapan vokal penyanyi Ku Bersuara di atas pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 iaitu Ernie Zakri tidak dapat disangkalkan lagi. Walaupun tidak berjaya merangkul anugerah Vokal Terbaik tetapi harus diakui bahawa usaha dan persembahan daripada penyanyi ini perlu dipuji.

Disebalik kemantapan vokal Ernie Zakri, sebenarnya dia telah meminta tunjuk ajar dari bapa saudaranya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Anuar Zain. Patutlah best vokal Ku Bersuara!

Banyak beri inspirasi

Ramai yang tidak tahu sebenarnya Anuar Zain sebenarnya bapa saudara kepada Ernie Zakri. Benarlah orang kata, mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Perkongsian voice note yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram Ernie sendiri memperdengarkan suara lunak Anuar Zain menyanyikan lagu Ku Bersuara bertujuan mengajar dan memberi idea kepada anak buahnya itu.

‘Ambil sikit-sikit…’

Ernie turut mengagumi kebolehan dan idea yang sering dikongsikan Anuar Zain kepadanya. Selain memberi pendapat, penyanyi Lelaki Ini turut memberi nasihat, ad-libs serta kaedah vokal yang harus ditonjolkan dalam persembahan. Lama sudah tak mendengar suara lunak Anuar Zain. Merdu sungguh!

Persembahan Ku Bersuara

Dengan bantuan dari bapa saudara, finalis AJL34 ini tampil dengan vokal yang mantap menerusi persembahan Ku Bersuara diiringi pemuzik dan kumpulan koir dari Fakulti Muzik, UiTM.

Sumber: Ernie Zakri

SKIP THIS AD ×