Baru-baru ini, admin ada buat posting dekat akaun media sosial Facebook dan Instagram OHBULAN! dan bertanyakan followers apa antara hadiah paling best diorang pernah dapat masa cabutan hadiah. Cuba korang baca pengalaman diorang! Gigit jari admin dibuatnya!
Untung dapat TV, tak tidur malam dibuatnya!
TV memang hadiah yang biasa kita nampak bila ada cabutan hadiah. Tapi, kalau dah menang TV masa beli kain untuk dibuat baju kahwin macam Nur Aneys ni, untung berkali-kali ganda! Jimat duit untuk kegunaan lepas kahwin!
Amboi Nor Hana, dapat TV 55 inci terus tak tidur malam ya. Tapi, kalau admin sendiri pun happy dia tak tau nak ‘habaq’ la bak kata orang Utara!
Dapat macam-macam perkakas elektrik & kelengkapan rumah, bestnya!
Selain TV, perkakas-perkakas dan kelengkapan rumah lain pun banyak kita nampak bila tiba waktu cabutan hadiah. Bukan apa, benda-benda ni semua tak rugi kalau kita dijadikan hadiah. Boleh manfaatkan penerima dan mudahkan kerja mereka kat rumah!
Hadiah macam mesin pengisar, oven, induction cooker, cadar, toto, bantal, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, kamera, home theater dan macam-macam lagi kalau beli kat luar memang mahal. Tapi, kalau dapat masa cabutan hadiah, memang bertuah sungguh!
Lagi-lagi kalau dapat yang berjenama, boleh tahan lama pulak tu! Fuh, jimat duit!
Ada yang dapat kereta siap dalam warna favourite lagi!
Kata orang, dapat TV atau kelengkapan rumah ni hadiah biasa-biasa je. Kalau korang bertuah macam Nor Aziah Nor Maini yang menang kereta ni, bukan biasa-biasa lagi dah!
Kebiasaannya, kereta dijadikan hadiah utama cabutan hadiah. Malah, ada sesetengah cabutan hadiah bagi kebenaran korang untuk pilih warna dan nombor pendaftaran!
Untung-untung kalau boleh pilih tarikh birthday, memang sayang gila dekat kereta tu. Dahlah tak payah keluar duit satu sen langsung untuk beli!
Memang untung kalau siapa dapat tiket flight ni!
Ini satu lagi hadiah cabutan hadiah grand yang menjadi kegilaan ramai. Bila sebut je tiket flight, boleh menjerit semua orang! Mana taknya, tiket flight bukan seringgit dua, boleh cecah ribuan ringgit tau!
Kalau dapat hadiah tiket flight masa cabutan hadiah, boleh dikatakan dapat separuh percutian percumalah! Tinggal fikir duit makan, tempat tinggal dan nak tambang pengangkutan kat sana je…
Dapat baucar makan, jimat duit makan seminggu!
Untung Asyraf Khalib ya, tak pernah dapat cabutan hadiah sepanjang 26 tahun hidup, sekali dapat baucar makan RM50 makan nasi ayam. Walaupun tak seberapa, jadilah kan? Jimat duit makan seminggu tu! Takpun, boleh belanja kawan…
Jarang cabutan hadiah dapat barang kemas ni!
Fuh, ingat kereta dengan tiket flight je hadiah paling grand netizen dekat media sosial dapat masa cabutan hadiah. Rupanya ada lagi grand iaitu set barang kemas! Fuh, bukan ratus-ratus ni, set barang kemas boleh cecah ribu-ribu harganya. Untungnya!
Sesak nak pakai duit, dapat iPad Air
Itulah kata orang, ‘rezeki terpijak’ ni jarang-jarang kita nak dapat. Tapi, bila dapat sesuatu yang tak disangka, rasa syukur tu tak tau nak cakap macam mana! Lagi-lagi macam dr.yusofdawson ni yang tengah sesak nak pakai duit, sekali dapat iPad, boleh jual!
Tak payah cemburu, korang pun berpeluang menang cabutan hadiah!
Eee jealous kan tengok diorang semua ni? Dapat macam-macam hadiah masa cabutan hadiah. Meanwhile, kita tak pernah dapat apa-apa. Tak apa, jangan sedih sebab korang pun boleh menang cabutan hadiah kalau menyimpan di SSPN-i dan SSPN-i Plus tau!
Meraikan produk itu yang sudah berada di pasaran selama 15 tahun sebagai produk simpanan utama untuk pendidikan anak-anak dan bagi menggalakkan rakyat Malaysia menabung serta menyimpan secara konsisten, SSPN dan SSPN-i Plus mengadakan kempen ‘Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019‘ dan ‘Cabutan WOW! 15 Tahun SSPN-i Plus 2019‘!
Macam mana nak join cabutan hadiah SSPN-i & SSPN-i Plus ni? Meh admin terangkan satu-satu…
Untuk pengetahuan korang, kempen Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019 dan Cabutan WOW! 15 Tahun SSPN-i Plus 2019 ni terbahagi kepada dua iaitu Cabutan Siri 1-3 dan Cabutan Tahunan dengan tempoh kempen seperti berikut:-
Yang bestnya, korang tak perlu membuat permohonan untuk menyertai kempen Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019 dan Cabutan WOW! 15 Tahun SSPN-i Plus 2019 ni sebab ia adalah automatik bagi pendeposit yang layak!
Untuk menyertai kempen Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019, korang mestilah memenuhi kriteria berikut:-
Manakala, untuk menyertai kempen Cabutan WOW! 15 Tahun SSPN-i Plus 2019 pula, korang mestilah memenuhi kriteria berikut:-
Apa hadiah yang ditawarkan kempen cabutan hadiah SSPN-i & SSPN-i Plus ni?
Kalau dah namanya cabutan hadiah, takkan hadiah yang ditawarkan pihak SSPN biasa-biasa kan? Katanya, hadiah wang tunai yang lumayan ditawarkan kepada pendeposit yang bertuah mengikut kategori berikut:-
Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019
Cabutan WOW! 15 Tahun SSPN-i Plus 2019
Tunggu apa lagi? Jom buka akaun SSPN-i dan SSPN-i PLUS serta tambah simpanan di www.lovesspn.com, kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.
Nama pemenang untuk kempen Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019 dan Cabutan WOW! 15 Tahun SSPN-i Plus 2019 pula akan dimaklumkan melalui surat/emel/panggilan telefon dan dipaparkan laman portal rasmi PTPTN.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019 dan Cabutan WOW! 15 Tahun SSPN-i Plus 2019 ini, layari laman web SSPN. Good luck guys!