“Kalau nak meniaga ni, pilih lah menu atau barang yang up sikit! Kalau barangan buatan tempatan atau kuih-kuih tradisional kita ni siapa nak beli?”
Selalu tak korang dengar orang cakap macamni? Bila nak mulakan perniagaan ni, memang banyak betul orang nak kasi pendapat. Ada yang boleh diterima tetapi ada juga yang lebih untuk menurunkan semangat!
Usah peduli, kalau Puan Nor Hedayah Kaulan dengar cakap orang sekeliling mesti dia tak dapat capai jualan terbesar dia ni kan? Lagi-lagi ketika PKP.
2 minggu pertama PKP, sales drop dari rm60k sebulan ke 18K sebulan!
Ketika PKP baru bermula, 2 minggu pertama merupakan masa yang paling sukar bagi semua usahawan. Nak adapt dengan keadaan, sewa kedai, gaji pekerja semuanya terjejas.
Hedy’s Batang Buruk juga tidak terkecuali. Seperti usahawan lain, Puan Hedayah turut rasa yang perniagaan beliau mungkin tidak akan dapat diteruskan dan kongsikan kekesalan beliau kepada suami dan juga teamnya. Namun, beliau terus berusaha kerana percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Bukan mudah nak level up diri. Keyakinan perlu ada dan beliau perlu beri contoh yang baik kepada teamnya. Jadi, beliau terus berusaha memperbaiki diri dari segenap aspek dan dalam masa yang sama membantu ejen dan team milik beliau untuk terus melangkah kehadapan dalam usaha membantu mereka menjana pendapatan dalam tempoh sukar ini.
Jangan korang tak tahu, Puan Nor Hedayah siap ambil untuk dirinya dan team kesayangan beliau supaya semua ahli team beliau kekal termotivasi, selain dapat menambah ilmu dalam bidang perniagaan.
Tekad untuk berhenti kerja dan fokus kepada perniagaan.
Berpegang kepada prinsip fast action and fast result dan apabila melihat usahawan lain berjaya bila dengan fokus 100% kepada perniagaan, Puan Nor Hedayah dan suami tekad berhenti kerja untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaan Batang Buruk Hedy’s.
Walaupun pada ketika itu, stok batang buruk beliau masih banyak, beliau membuat keputusan untuk bangkit semula dan menjual batang buruk dengan pelbagai cara dan inisiatif baharu. Bagi beliau ini bukan masanya untuk bersedih hati sebaliknya, beliau perlu mencari solusi dalam usaha untuk menjaga periuk nasi team beliau dan memajukan perniagaannya.
Bukan berdarah usahawan, semuanya usaha sendiri!
Bukan semua yang berjaya tu berdarah usahawan tau. Kalau korang ada kemahuan mesti ada jalan yang korang akan nampak sendiri.
Puan Nor Hedayah ni berasal dari keluarga biasa je guys, bapanya buruh kasar manakala ibunya pula seorang suri rumah. Puan Nor Norhedayah pula langsung tidak terfikir akan menjadi sorang usahawan!
Ianya bermula sebagai hanya mencari wang sampingan. Beliau mula untuk jual macam-macam benda seperti tudung, gel rambut dan sebagainya. Namun, semuanya tidak menjadi. Kini, beliau boleh berlapang dada dengan kejayaan syarikatnya yang telah dinaiktarafkan ke Sdn Bhd!
Batang buruk Hedy’s cair di mulut tau! Bukan musim Raya pun boleh dapat!
Tak payah tunggu raya dah guys. Sekarang pun boleh makan batang buruk! Yang paling penting, rasanya yang sedap berlemak tu fuhhh. Teringat batang buruk atuk nenek kita buat dulu-dulu. Susah nak jumpa yang sedap.
Paling best, mereka ni ada ejen serata Malaysia! Whatsapp je kejap lagi sampai la depan rumah. Dah boleh nikmati depan TV.
Batang buruk Hedy’s ni guys, masa gigit bukan main ranggup, bila dah masuk mulut eh eh? Cair habis fuh memang nikmat betul lah. Tak sedar tiba-tiba habis satu pek.
Puan Hafsah dah berjaya! Korang bila lagi?
Berkongsi kejayaan salah satu ejen Batang Buruk Hedy’s Puan Hafsah atau lebih mesra dikenali dengan nama kak Fasya, ” Saya hilang pendapatan dan mengalami tekanan hebat kerana hutang perlu dilangsaikan, akur dengan situasi tersebut saya ambil keputusan untuk join team Batang Buruk Hedy’s selepas merasai kesedapannya.”, cerita Puan Hafsah.
Tambah beliau lagi, “Dulu masa kerja nak simpan RM200 pun susah. Kini Alhamdulillah saya dapat simpan RM2K sebulan, dapat bagi mak ayah lebih wang belanja bulanan dan tahap kewangan saya semakin baik. Tak sangka juga asbab jual batang buruk ni saya dapat buat jualan hampir setengah juta tahun ini.”
Betul la kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kalau kita tak berusaha, mana nak diperoleh kejayaannya.
Buat korang yang nak jana pendapatan, nak ubah nasib diri dan keluarga, apa kata korang join team Batang Buruk Hedy’s. Jangan takut kalau tak pernah jual apa-apa, sebab bila korang jadi ejen, korang akan selalu dekat dengan founder tau. Sentiasa diberi tips dan nasihat. Ha, Puan Nor Hedayah sendiri akan guide korang sampai berjaya.
Jadi, jangan lah risau! Kalau korang berminat boleh lawati laman Facebook mereka dekat SINI