
Usahawan Engku Emran meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak perempuannya, Engku Aleesya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Artikel Berkaitan: Engku Emran Kongsi Momen Berharga Aleesya Tamat Pengajian Sekolah Menengah – ‘Cantik Macam Ayah, Pandai Macam Mak’
Artikel Berkaitan: 11 Tahun Berkorban Demi Anak, Engku Emran Syukur Aleesya Raih 7A IGCSE – ‘Pengorbanan Ayah Tak Sia-Sia’
Aleesya sambung belajar di luar negara

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin memaklumkan bahawa Aleesya telah ditawarkan mengikuti kursus pendek di Oxford, United Kingdom.
Menurut bekas suami kepada primadona Erra Fazira itu, tawaran tersebut merupakan hasil daripada pencapaian cemerlang Aleesya dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) baru-baru ini.
Aleesya telah ditawarkan tempat untuk menghadiri kursus pendek di Oxford, UK kerana gred yang baik dalam IGCSE.
Dalam hantaran yang sama, Engku Emran berkongsi foto di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghantar keberangkatan Aleesya.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan warganet adalah hubungan baik Engku Emran yang dilihat mesra menyambut kehadiran suami baharu Erra iaitu ‘Mr E’ atau nama lengkapnya Ezwan Zain.
Jadi kami bertiga menghantarnya di KLIA pagi semalam. Selamat datang ke keluarga ini Mr E! Sangat gembira akhirnya dapat bertemu dengan bapa tiri Aleesya.
Untuk rekod, Engku Emran dan Erra pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum sah bercerai talak satu pada 18 Februari 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Sumber: Instagram Engku Emran





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

