Siapa tak kenal jenama Safi, jenama kecantikan dan penjagaan peribadi Halal terkemuka di Malaysia.

Baru-baru ini Safi telah menyambut Ulang Tahun ke-35, dan lebih hebat lagi mereka telah menerima pengiktirafan berprestij sebagai Jenama No. 1 Pilihan Pengguna dan Jenama Meningkat Tertinggi dalam sektor Kesihatan & Kecantikan bagi tahun 2025.

Kedua-dua pencapaian ini mengukuhkan legasi tiga dekad Safi dalam inovasi, kepercayaan pengguna, dan kecemerlangan dalam produk yang disahkan Halal.

Selama 35 tahun, Safi nekad membangunkan rangkaian produk penjagaan kulit, rambut, badan, dan diri dengan golden standard untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang dinamik.

Sambutan ulang tahun ini merupakan penegasan semula terhadap komitmen Safi yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kerelevanan pengguna.

Bagi menghargai sambutan istimewa ini, Safi melancarkan “35 Kisah”, sebuah kempen yang didedikasikan untuk meraikan perjalanan setiap individu yang telah menyumbang kepada kejayaan jenama ini. Naratif yang dibawa cukup menarik, menampilkan pasukan yang bersemangat, pengguna setia yang telah lama bersama, dan pencipta kandungan yang menginspirasikan, sekaligus mencerminkan hubungan peribadi yang mendalam di antara Safi dan komunitinya.

Kempen ini menggariskan Falsafah utama Safi iaitu kecantikan sejati wujud apabila ia dapat memperkasakan keyakinan diri setiap hari.

Peraduan Safi 35 Tahun Ribuan Terima Kasih

Safi

Sebagai tanda penghargaan yang ikhlas kepada pelanggan setianya, Safi melancarkan peraduan pengguna besar-besaran, menawarkan jumlah hadiah bernilai RM150,000. Peraduan ini menampilkan Safi Hati Emas (Habib 35g Emas 999) yang eksklusif sebagai hadiah utama.

  • Hadiah Utama: Habib Safi Hati Emas 35g bernilai RM20,000 × 4 pemenang
  • Hadiah Kedua: Habib Safi Hati Emas 3.5g bernilai RM2,000 × 20 pemenang
  • Hadiah Saguhati: Touch ’n Go Pin Isi Semula RM350 × 100 pemenang

Penyertaan adalah mudah: pengguna hanya perlu berbelanja minimum RM20 untuk sebarang produk Safi melalui mana-mana saluran runcit dalam talian atau luar talian.

Tempoh peraduan dan terma serta syarat penuh boleh didapati di platform media sosial rasmi Safi – Instagram, Facebook, dan TikTok.

⏰ Cepat – peraduan berakhir 15 Disember! Tinggal kurang dari 2 minggu sahaja lagi untuk anda sertai. Dapatkan hari ini di laman Shopee and Tiktok Safi Malaysia.

**Tertakluk pada Terma & Syarat