berita

Raikan Ramadan Dengan Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS & Media Prima. Pstt.. Ada Artis Tau!

May 15th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Setiap kali tiba bulan Ramadan, kita memang digalakkan untuk banyak beramal ibadat. Pahala berlipat kali ganda kot! Masa nilah korang kena berlumba-lumba buat kebaikan, bersedekah dan jangan lupa ibadat sunat terawih. Yelah, Ramadan datang setahun sekali je.

Tak nak ketinggalan meraikan kedatangan bulan mulia ni, 100PLUS bekerjasama dengan Media Prima untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Banyak aktiviti best dan dengar cerita ada artis terkenal yang join. Macam syok je.

Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ajak masyarakat buat kebaikan..

Hmm.. Apa pula Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ni? Kalau korang nak tau, skuad ni merupakan kumpulan yang akan menyebarkan kebaikan Ramadan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik selain memberi sinar kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri nanti.

Paling best, Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ni disertai oleh artis terkenal seperti Mira Filzah, Hairul Azreen, Syafiq Kyle, Andi Bernadee, Amira Othman, Sarah Suhairi dan Sufian Suhaimi. Wow!

Skuad ni akan menjelajah dari bandar hingga ke pedalaman dengan misi untuk berkongsi keikhlasan sempena bulan mulia ni. Aktiviti kebajikan sambil beribadah ni akan pergi beberapa lokasi. Boleh refer kat bawah ni ada ke tak tempat korang.

  • Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan – 15 Mei 2019
  • Rumah Kak Ogy’s, Sekinchan – 19 Mei 2019
  • Pusat Transit Gelandangan, KL – 21 Mei 2019
  • Sekolah Kita Cinta Syria Malaysia, Bangi – 22 Mei 2019
  • Pusat Jagaan Orang Tua Nur Ehsan, Tangkak – 24 Mei 2019

Korang pun boleh jadi Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS…

https://www.instagram.com/p/Bw8-cz7na6m/

Yup! Kami tak tipu. Memandangkan ini merupakan aktiviti amal bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, 100PLUS nak ajak korang turut serta menjadi Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ni. Seronoklah dapat buat aktiviti amal dengan artis.

Tapi, penyertaan untuk Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ni hanya untuk program Check-in Kampung tau. Matlamat program ni adalah untuk menggalakkan orang ramai beramah mesra serta bersilaturrahim sesama komuniti selain dapat berbuka puasa beramai-ramai.

Program Check-in Kampung akan berada di dua lokasi iaitu di Masjid Jamek Makmuriah, Sungai Besar pada 19 Mei dan di Masjid At Taqwa, Tanjung Gading, Tangkak pada 24 Mei 2019. Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah sesi gotong royong untuk berbuka puasa, moreh, ziarah sahur, solat terawih, rakaman Tanyalah Ustaz, jualan makanan (food truck) dan sesi ramah mesra dengan artis Ramadan Raya Media Prima.

Dalam melakukan kebaikan jangan lupa untuk terus kekal hidrat dengan 100PLUS dan #AktifkanRamadanmu!

Bila dah buat banyak aktiviti ketika berpuasa, tubuh korang akan terhidrasi. Tapi, jangan risau sebab korang boleh kembali cergas bertenaga dengan 100PLUS ketika berbuka puasa. Haa.. Dapatlah korang meneruskan ibadat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. #AktifkanRamandanmu

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang program Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS ni, boleh terus ke laman web Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS atau Facebook rasmi 100PLUS.

Jom Aktifkan Ramadanmu bersama 100PLUS!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×