berita

Rain Didakwa Langgar SOP Ketika Buat Penggambaran Di Sekolah Lama

April 26th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain didakwa telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika lawatannya ke sekolah lama di Anyang Arts High School, Gyeonggi-do baru-baru ini.

Menjalani penggambaran di sekolah lamanya

Suami kepada aktres Kim Tae-Hee dikatakan telah kembali melawat sekolahnya kerana ingin menjalani penggambaran video saluran Youtube miliknya iaitu Season B Season.

Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon, tiba di sekolah lamanya itu pada waktu tengah hari. Namun, sebaik sahaja Rain tiba, lebih 30 pelajar telah berkerumun di dewan perhimpunan untuk melihat penyanyi terkenal berkenaan. Meskipun para pelajar berkenaan memakai pelitup muka, namun mereka telah membanjiri kawasan tersebut sehingga berlaku kesesakan.

Bukan itu sahaja, Rain juga telah meminta tiga orang pelajar untuk menyertainya dalam penggambaran video berkenaan. Menurut SOP yang telah ditetapkan oleh Korea Selatan, mereka melarang sebarang jenis lawatan di premis pendidikan ketika waktu pengajian.

Melawat atas permintaan peminatnya

Wakil daripada pihak sekolah berkenaan telah tampil bagi menjelaskan isu yang berlaku untuk menjawab segala persoalan yang menjadi ‘isu’ di kalangan netizen.

Rain dikatakan telah menghadiahkan 1,000 keping album baharunya kepada pelajar sekolah berkenaan dan tujuan dia melawat ke sekolah lamanya adalah untuk memenuhi permintaan peminatnya.

Pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk pastikan penggambaran video itu dilakukan pada waktu pembelajaran dan ketika itu Rain telah ditempatkan dalam sebuah bilik semasa para pelajar sedang berehat makan tengah hari.

Tambahnya lagi, semua guru telah berusaha bagi memastikan untuk mengikut SOP COVID-19 dengan memantau para pelajar, namun ianya berada di luar jangkaan sehingga tidak dapat mengawal para pelajar dan keadaan menjadi kelam kabut pada ketika itu.

Sumber : Allkpop

SKIP THIS AD ×