berita

Raja Atiq Nak Berhenti Main ‘Motor Besar’ – ‘Allah Dah Banyak Tegur, Kena Terima Hakikat’

March 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon, Raja Atiq mengalami kecederaan pada bahagian bahu kirinya selepas terbabit dalam sebuah kemalangan motosikal berkuasa tinggi ketika menuju ke Bukit Fraser, Jumaat lalu. Motosikal yang ditunggang oleh Raja Atiq dipercayai hilang kawalan di sebuah selekoh berpasir mengakibatkan pelakon yang popular dengan drama Nur itu terjatuh.

Terima kasih semua

Terima kasih semua yang mendoakan Atiq. Benda nak jadikan, maybe Atiq cuci tangan maybe jarang bawak dah kecuali kerja because this is my hobby, so dah kena tukar dah rasanya hm, main gym jela. Apapun Allah dah banyak tegur Atiq so kena terima hakikat.

Menurut Raja Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya. Tambahnya, hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi mungkin terpaksa dilupakan selepas ini   memandangkan dia sering terlibat dalam kemalangan.

Tulang bahu patah atau terkeluar dari soket

Bercerita lebih lanjut mengenai detik kemalangan, Atiq memberitahu dia berkonvoi bersama Tajul dan Afieq Shazwan semasa hari kejadian.

Saya sudah perlahankan motosikal kerana selekoh tajam, bagaimanapun jalan tersebut berpasir menyebabkan saya hilang kawalan dan terjatuh. Setakat ini saya belum melakukan ujian imbasan sinar-X (X-Ray) dan doktor memberitahu kemungkinan tulang bahu saya patah atau terkeluar dari soket. Selepas melakukan pemeriksaan lanjut barulah saya dapat tahu apa sebenarnya yang tercedera. Buat masa ini memang bahagian belah kiri badan rasa sakit sangat.

Sumber: Raja Atiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×