
Enggan lagi berdiam diri, pelakon Raja Atiq tampil bersuara menuntut baki bayaran tertunggak daripada sebuah syarikat ternama yang didakwa gagal melunaskan tanggungjawab walaupun kontrak telah dimeterai.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Raja Atiq Jalin Hubungan Sejenis Tampil Mohon Maaf, Janji Tak Buat Lagi

Menerusi hantaran di Instagram, Atiq, 25, meluahkan rasa kecewa apabila bayaran yang sepatutnya diterima masih tergantung selama berbulan-bulan.
Bayaran tertunggak. Ini bukan tentang produksi, ini tentang sebuah syarikat yang terkenal, jenama yang dikenali, satu Malaysia kenal.
Tapi bayaran sangkut sampai berbulan, kontrak pun tidak jalan. Akhirnya, bila bersuara, orang bawahan yang kena tindakan.
Menurut Atiq, yang lebih mengecewakan adalah apabila isu tersebut cuba ditutup dengan meletakkan kesalahan kepada pihak pekerja bawahan, sedangkan masalah sebenar berpunca daripada pengurusan atasan.
Dalam hantaran sama, aktor itu turut menegaskan reputasi sesebuah syarikat tidak seharusnya diukur berdasarkan populariti atau kekuatan jenama semata-mata, sebaliknya melalui cara mereka melayan individu yang bekerjasama.
Reputasi sesebuah syarikat dibina melalui bagaimana anda memberi layanan kepada orang, bukan sekadar bergantung kepada jenama semata-mata.
Macam ini juga artis-artis lain yang terkena? Cuba kalian netizen teka syarikat apa yang saya maksudkan? Pasti akan terkejut jika tahu.
Setakat ini, Atiq bagaimanapun tidak mendedahkan identiti syarikat berkenaan.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

