berita

Raja Azrey Seronok Kerja Belakang Tabir, Tak Sangka Iklan Raya ‘Egois’ Arahannya Dapat Sambutan

April 7th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan pengarah iklan raya ‘Egois’ iaitu Raja Azrey meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka karyanya viral di media sosial dan mendapat jumlah tontonan yang luar biasa daripada netizen.

Semangat nak kerja belakang tabir

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Raja Azrey berkata perkara tersebut telah membakar semangatnya untuk terus berkarya dan bergiat aktif di belakang tabir.

Dulu orang kenal saya sebagai pelakon. Biarpun banyak karya sudah saya keluarkan, tak sangka Egois ini memberikan impak yang sangat baik sepanjang penglibatan saya sebagai pengarah.

Secara jujur, saya sangat terkejut dan tidak percaya apabila melihat sambutan daripada netizen. Baru sahaja di Youtube, tontonan sudah mencecah ratusan ribu. Alhamdulillah.

Paling bersyukur, saya nampak komen yang positif. Penonton faham mesej yang saya mahu sampaikan.

Ujar Raja Azrey lagi, iklan raya berdurasi 21 minit itu diterbitkan khas untuk Arora Skincare. Artis-artis yang berlakon di dalam iklan tersebut juga merupakan nama-nama besar dalam industri misalnya, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Puspa Gomen dan Danish Hazriq.

Video

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×