Dijangka bersalin pada bulan Julai depan, pelakon, Raja Ilya memilih kaedah melahirkan bayi dalam air di Perth, Australia. Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, dia sudah memohon untuk bersalin kaedah tersebut sejak awal kehamilan lagi selain perlu menjalani proses temuduga.
Ada pelbagai pilihan
Melalui kaedah ini dia dibuat di pusat bersalin yang diuruskan oleh Midwife King Edward Hospital. Jadi, prosesnya hanya perlu membuat permohonan lapan bulan sebelum bersalin. Lagipun, tidak semua boleh melahirkan di situ. Mereka akan temuduga dahulu terutama dari segi kesihatan dan jarak dari rumah. Tapi, sejak penularan Covid-19 ini, saya hanya mengikuti kelas secara dalam talian saja. Minggu depan baru saya masuk kelas bersemuka dan cara penyusuan susu ibu pula. Apa ilmu yang ada berkenaan keibu bapaan saya pergi saja.
Ujar Raja Ilya, dia mempunyai pelbagai pilihan untuk bersalin nanti. Namun begitu, dia dan suami merancang untuk melahirkan bayi dalam air dan menggunakan khidmat bidan saja tanpa doktor atau pergi hospital. Tambahnya, proses tersebut perlu dibuat lapan bulan sebelum bersalin.
Kenal ramai orang Malaysia
Proses berpantang nanti, Alhamdulillah saya sempat kenal ramai orang Malaysia di sini. Jadi ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua yang patut nanti. Disebabkan ‘due’ saya bersalin pada Julai, kebetulan di sini pula musim sejuk dan kebanyakannya basah dan ribut, jadi saya harap badan tak meragam. Setakat ini produk berpantang pun saya sudah dapat dari Malaysia seperti set bertungku, set berpantang, bengkung dan banyak lagi. Semua sudah tersedia.
Berkenaan proses berpantang pula, Raja Ilya telah meminta bantuan seorang rakyat Malaysia yang juga menetap di sana.
Sumber: Harian Metro