berita

Raja Syahiran & Uyaina Arshad Positif Covid-19, Alami Simptom Teruk Sampai Masuk Wad – ‘Nak Jalan Pergi Tandas Pun Merangkak’

February 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran disahkan positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram (IG) pada petang Jumaat.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Terima Banyak Soalan Hamil, Risau Tak Sedar Sedang Berbadan Dua – ‘Saya Harap Komen Peminat Itu Adalah Satu Doa’

Alami simptom teruk

Menurut Uyaina, 30, dia terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah manakala Syahiran, 29, hanya kuarantin di rumah.

Berkongsi mengenai gejala, pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad berkata dia mengalami demam, badan berasa sakit dan sukar untuk bernafas.

Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di wad sebab tekanan darah rendah dan badan lemah. Pertama kali berjauhan dengan suami.

Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila kena Covid ni. Ada orang mungkin mild symptoms.

Tapi, badan saya rasa sakit sangat terutama pada hari pertama hingga ketiga. Nak jalan pergi tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau organ dalaman saya.

Pengacara program Wanita Hari Ini akui tidak dapat membayangkan keadaan orang yang tak ambil vaksin dan anti vaksin yang dijangkiti virus merbahaya itu.

Nikmat paling besar adalah kesihatan

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa mengingatkan orang ramai betapa pentingnya menjaga kesihatan di samping memohon agar mendoakan kesembuhan dirinya dan Syahiran.

Saya kongsi gambar ini untuk mengingatkan diri saya bagaimana rasanya menjadi sihat. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik-baik.

Jaga diri semua. Saya doakan korang tak kena Covid ini terutama orang tua dan budak-budak sebab taktau macam mana badan dorang nak terima. Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan Covid.

Terdahulu, Uyaina dan Syahiran berkahwin pada 20 Disember lalu di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Sumber: Instagram @uyainaarshad

SKIP THIS AD ×