berita

Raja Thailand Dikuarantin Di Jerman Bersama 20 Gundik

April 1st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Raja Thailand atau dikenali sebagai King Rama X iaitu Maha Vajiralongkorn terpaksa menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel di Jerman bersama beberapa orang petugas termasuk 20 orang gundik istana.

Bagaimanapun, Raja Thailand itu diberi kebenaran dan perkhidmatan khas untuk menempah Grand Hotel Sonnenbichl di Bavaria, Jermin. Malah, difahamkan juga Raja Thailand ini tidak muncul di khalayak ramai kerana berada di luar negara sejak Februari lalu.

Rakyat rasa kurang senang

Bagaimanapun, tindakan Raja Thailand itu dikatakan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat. Bagi mana-mana individu yang lantang mengkritik Raja Thailand ini akan dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun atas kesalahan menghina sistem monarki dan undang-undang. Meskipun menyedari perkara ini, ada segelintir media Thailand bertindak lantang menyuarakan kritikan mereka terhadap beliau.

Dibenarkan tempah keseluruhan hotel

Sumber foto: Metro UK

Susulan daripada angka kematian yang dilihat semakin meningkat di Thailand dengan 9 kes kematian dan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,524, beliau mengambil keputusan untuk dikuarantinkan di Jerman terlebih dahulu. Hotel penginapan tersebut terletak di resort ski Garmisch-Partenkrichen.

Bagaimanapun, menurut media Jerman melaporkan rombongan diRaja Thailand itu telah dihantar pulang setelah mendapati mereka dijangkiti virus tersebut. Rombongan tersebut termasuk 20 gundik dan 112 petugas khas Diraja.

Memiliki aset di Lake Starnberg

Raja Maha Vajiralongkorn dipercaya memiliki aset sebuah rumah percutian yang mewah berhampiran Lake Starnberg dan beliau dikatakan kerap ke Batavia. Raja Thailand ini menamatkan pelajarannya di Millfield di Somerset. Beliau dinaikkan tahkta pegganti kepada ayahanda pada tahun 2016, setahun selepas kematian ayahandanya itu.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×