berita

Rakaman CCTV Bongkar Dua Wanita Dibunuh, Mayat Disimen Bawah Tangga Rumah Sewa

March 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Mayat dua wanita ditemui dalam keadaan bertindih dan disimen di bawah tangga di dalam sebuah rumah di Jawa Barat, Indonesia pada Isnin, 27 Februari lalu.

Mayat bawah tangga

Memetik laporan News Detik, kejadian tersebut terbongkar selepas kedua-dua mangsa iaitu H dan Y tidak pulang ke rumah. Si suami Y iaitu Heri pada awalnya menyangka isterinya itu kemalangan. Oleh itu, dia telah pergi ke hospital tetapi wanita tersebut tiada di situ. Dia juga dimaklumkan bahawa rakan isterinya, H (mangsa) juga tidak pulang ke rumah. Bimbang akan keselamatan isterinya, Heri tampil membuat laporan polis.

Dalam masa yang sama, dia cuba mengesan GPS berpandukan telefon bimbitnya yang akhirnya membawa dirinya ke sebuah rumah sewa (lokasi kejadian). Pihak polis kemudian mula melakukan pencarian dan akhirnya mereka menemui mayat kedua-dua mangsa yang telah disimen di bawah tangga rumah terbabit.

Polis mengesyaki suspek sengaja berbuat demikian untuk menyembunyikan mayat tersebut. Pihak polis turut menemui seorang lelaki yang berlumuran darah (tangannya terpotong) berada di lokasi kejadian. Lelaki terbabit iaitu suspek utama kemudian dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

CCTV bagi petunjuk

Menurut sumber, lelaki terbabit merupakan penyewa rumah tempat mayat dua wanita itu ditemui. Menerusi rakaman CCTV, menunjukkan lelaki terbabit ada mengunjungi sebuah kedai berhampiran untuk membeli simen dan kerikil pada Isnin lalu.

Sementara itu, jiran tetangga mendakwa mangsa dan lelaki terbabit mengenali antara satu sama lain dan kes pembunuhan tersebut dipercayai berpunca daripada masalah hutang antara mereka. Ada dakwaan mengatakan bahawa lelaki terbabit merupakan pelaku dan cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya selepas membunuh mangsa. Namun, pihak polis masih belum dapat mengesahkan adakah lelaki terbabit terlibat dalam kes tersebut memandangkan siasatan masih dijalankan.

Sumber: News Detik, Jabar Tribunnews

SKIP THIS AD ×