berita

Rakaman Detik Cemas 9 Sekeluarga Maut Kereta Terjatuh Dalam Sungai Di Sarawak

January 1st, 2021 | by Wan
Video Popular

9 sekeluarga maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh dari feri ke dalam sungai di Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, Beladin, Sarawak. Orang ramai yang berada di tempat kejadian bergegas membantu mangsa namun semuanya kelihatan tidak sedarkan diri termasuk seorang bayi.

Kereta tergelincir

Menurut laporan Bomba di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota yang dinaiki keluarga tersebut dipercayai tergelincir dari feri yang sedang dalam proses menyeberangi sungai besar itu.

Maklumat awal diterima, mereka yang meninggal dunia terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan berusia di antara 6 bulan hingga 65 tahun. Setakat ini, identiti mereka yang meninggal dunia belum dikenalpasti.

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/posts/4347899105225237

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×