berita

Rakaman Video Bongkar, Bright & Nene Dilamun Cinta? Siap Berpegangan Tangan Di Jepun!

April 22nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sejak semalam, tular video memaparkan pasangan bercinta yang dipercayai merupakan pelakon dan penyanyi Thailand, Bright Vachirawit sedang berjalan sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita di Jepun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Berpegangan Tangan, Jennie Blackpink & V BTS Kantoi ‘Dating’?

Bright dan Nene?

Meskipun pada awal rakaman yang tular itu tidak menunjukkan wajah yang jelas namun para peminat percaya dua sosok itu adalah Bright Vachirawit dan pasangan, Nene Zheng Naixin (Pornnappan Pornpenpipat) iaitu pelakon dari Thailand.

Dakwaan itu semakin jelas susulan aktor kacak yang berusia 26 tahun itu berkongsi foto sedang melepak bersama rakan-rakannya di Tokyo.

Menerusi sudut kamera yang berbeza, kelihatan jelas wajah pasangan tersebut adalah Bright dan Nene berada di dalam sebuah restoran di Jepun.

Isu tersebut telah mengundang pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya turut gembira melihat artis kesayangan mereka sedang bahagia.

Sumber: TikTok, Dramapanda

SKIP THIS AD ×