berita

‘Rakan Bangsa Cina Bawa Makanan, Seorang Pun Tak Makan’ – Ini Jawapan Da’i Wan, Kita Hormat Tapi…

October 24th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Jamuan akhir tahun telah menjadi tradisi di sekolah pada setiap hujung tahun. Jika dulu, setiap pelajar akan membawa pelbagai juadah makanan untuk dihidang dan dinikmati bersama rakan-rakan tanpa mengira bangsa atau agama.

Namun, menjadi persoalan ialah adakah makanan yang dibawa oleh rakan-rakan bukan agama Islam dapat dimakan oleh orang muslim? Jika tak mahu, bagaimana ingin menolak pelawaaan rakan-rakan tersebut? Penceramah bebas, Da’i Wan Dazrin respon terhadap kemusykilan terhadap isu pemberian berbentuk haiwan sembelihan dari rakan bukan beragama Islam ini.

Kawan Cina bawa ayam teriyaki masa jamuan

Status dari Twitter pengguna Khairule yang memuatnaik foto hidangan makanan bagi jamuan kelas akhir tahun ini mendapat lebih 33K retweet. Rata-rata netizen mengimbas kembali kenangan nostalgia sewaktu bersekolah yang pernah dilalui mereka.

Jamuan kelas akhir tahun mendapat sudah menjadi tradisi pelajar di sekolah dengan masing-masing membawa makanan dan menikmatinya bersama guru dan rakan. Menerusi perkongsian kisah dari Khairule ini mengatakan pernah makan ayam teriyaki yang dibawa oleh rakan kelas berbangsa Cina.

Menjatuhkan hukum lebih berbanding Tuhan

Tambahnya, tiada seorang pelajar di dalam kelas itu yang sudi makan dengan menyatakan hidangan tersebut itu adalah haram meskipun telah dimaklumkan ibu pelajar Cina berkenaan telah membeli periuk dan senduk baharu untuk menyediakan menu tersebut.

Bagaimanapun, ada segelintir rakan yang mudah menjatuhkan hukum terhadap hidangan yang disediakan oleh bangsa dan agama lain buat penganut Islam. Ekoran itu, penceramah bebas, Da’i Wan Dazrin memberi respon terhadap

Kita menghormati pemberian bukan Islam

Da’i Wan menegaskan agar sebagai penganut agama Islam perlu menghormati pemberian dari rakan bukan seagama kita termasuk melihat dari aspek terima makanan halal yang bukan dari sembelihan. Tambahan, sekiranya terdapat keraguan mengenai makanan yang melibatkan haiwan sembelihan, kita perlu menolak pemberian itu dengan baik.

Menolak dengan baik

Tidak hanya itu, Da’i Wan turut meninggalkan pesan buat rakan yang bukan beragama Islam untuk memberi makanan yang sudah siap halal untuk diterima baik dari rakan beragama Islam. Tindakan sedemikian dapat mewujudkan nilai toleransi sesama kita sebagai masyarakat yang majmuk.

Sumber: Dai Wan Dazrin

SKIP THIS AD ×